Monday, March 30, 2009

Penamaan Calon N.25 Bukit Selambau

Oleh AZMAN AHMAD

29 Mac, Sungai Lalang – Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru. Calon Paktan Rakyat dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) ditemtang oleh calon dari parti pembangkang Kedah, Barisan Nasional (BN) serta tiga belas calon bebas.

1. S Manikumar - PKR
2. Datuk S Ganesan - MIC/ BN
3. L Sarala - Bebas
4. T Chandrarajan - Bebas
5. R Loganathan - Bebas
6. A Jayagopal - Bebas
7. S Moganakumar - Bebas
8. Vaneson Michael - Bebas
9. Tan Hock Huat - Bebas
10. Mohd Fazil Abdul Wahab - Bebas
11. Anuar Abdul Hamid - Bebas
12. Husaini Yaacob - Bebas
13. Abdul Rahim Abu - Bebas
14. Radzi Mat Lazim - Bebas
15. Khamis Awang - Bebas

Penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri laluan perarakan calon yang telah ditetapkan oleh pihak Polis seawall jam tujuh pagi. Sehingga pengisytiharan calon dibuat oleh SPR, dianggarkan tidak kurang dari 10,000 penyokong Pakatan RAkyat yang hadir.

Calon PKR S. Manikumar, seterusnya diiringi oleh Naib Presiden PKR YB Azmin Ali dan Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar menyampaikan ucapan ringkas dihadapan ribuan penyokong yang kebanyakkannya adalah pengundi DUN Bukit Selambau.

Sementara itu, Ustaz Fakhurzzaman Jamil, Setiausaha Penerangan PAS Kedah melahirkan rasa kesal kerana terdapat Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar meninggal dunia oleh pihak-pihak tertentu. Menurutnya, ramai penyokong yang menghubunginya untuk memastikan berita tersebut. Beliau berharap pihak-pihak tertentu itu segera menghentikan sebaran tersebut memandangkan YB sebenarnya masih sihat.

Sekilas Gambaran sepanjang sesi Penamaan Calon.






















3 comments:

  1. Waaahh..gambar be enddd dan gambaq aku mana ?..

    ReplyDelete
  2. Tolong publish senarai calon serta lambang mengikut urutan dalam kertas undi dan hantarkan kepada semua blog penyokong Pakatan Rakyat untuk mengelakkan kekeliruan pengundi semasa di dalam petak mengundi.

    Pak Teh

    ReplyDelete
  3. untuk nama dan logo dalam sekeping gambar, sila ambil dari blog saya, http://donsyed.blogspot.com
    saya telah gabungkan kesemua 15 ceraian daripada sini kepada 1 gambar berformat JPEG, jgn lupa klik untuk paparan jelas dan save.

    ReplyDelete

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan