Tuesday, February 24, 2009

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP SULTAN

1) Presiden Umno pertama Dato' Onn Jaafar ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Presiden Umno itu menuduh Sultan Kedah, Tunku Badlishah sebagai 'kacang lupakan kulit' dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan beraja.

2) Pada tahun 1974, Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi (bapa kepada bekas MB Tajul Rosli Ghazali) enggan meletak jawatan sebagai MB walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.

3) Pada tahun 1983 dan 1993, UMNO yang memiliki mandat dua pertiga di Parlimen telah meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.

4) Pada 1983 UMNO peralatkan semua media pro mereka melancarkan propaganda memburukkan raja-raja, menyerang peribadi serta mengaibkan raja di luar batas perikemanusiaan

5) Pada Jun 1993, Shahidan Kassim mendakwa Sultan Kelantan tidak layak duduki takhta, seterusnya Annuar Musa dan UMNO Kelantan 'menabalkan' Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

6) Pada November 1983 UMNO adakan beberapa perhimpunan haram di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka bagi menyatakan sokongan terhadap PM yang mahu membuang kuasa Raja-raja.

7) Kepimpinan UMNO yang ketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terengganu walaupun Ahmad mendapat perkenan Sultan. Penyokong UMNO adakan demonstrasi menghina Sultan Terengganu dengan memapar banner bertulis 'Kami nak Idris, natang (binatang)' yang ditujukan terhadap baginda.

Ali Rustam guna program rasmi untuk kempen politik

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Alor Setar: Calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam telah menyalahgunakan program rasmi yang diadakan di Dewan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk meningkatkan kredibiliti dirinya bagi memenangi jawatan nombor dua Umno.

Beliau menggunakan kesempatan ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu dengan menabur fitnah terhadap pihak yang kononnya mahu menjatuhkan raja-raja Melayu. Sehubungan itu juga Ali mendakwa Umnolah sahaja yang sebenarnya mahu mempertahankan kedaulatan raja-raja.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh yang turut hadir di majlis itu kesal kerana program berbentuk keilmuan yang diadakan di perpustakaan telah disalahgunakan oleh Ali untuk kepentingan politik sempitnya.

"Sepatutnya dia dapat membezakan antara program rasmi yang melibatkan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan program politik," ujar Dr. Ismail kesal.

Beliau yang hadir mewakili YAB Menteri Besar, merasa tidak selesa untuk berada dalam majlis rasmi tetapi dipenuhi dengan ucapan berbaur politik.
"Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan Dunia Melayu Dunia Islam.

Najib punca istana diheret ke kancah politik - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob

Sat Feb 21, 09 10:54:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.
"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.
"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.
Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.
Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.
"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?
"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.
Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.
"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya._

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan