Sunday, April 5, 2009

Awas, jangan terpedaya dengan Najib!

Mohd Sabri Said Sat Apr 04, 09 10:55:31 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat negara ini tidak mudah terpukau dan terpedaya dengan tindakan Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan 13 mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik pengantungan permit akhbar alternatif Harakah dan Suara Keadilan sebaik sahaja pelantikannya semalam.
Sebaliknya rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'.

"Rakyat usah terpukau dengan langkah Dato' Seri Najib bila melepaskan 13 mangsa yang terkurung lama dalam ISA serta membenarkan semula dua akhbar alternatif sebaik saja pelantikanya sebagai Perdana Menteri keenam negara, " jelasnya ketika ditemui selepas berucap dalam program ceramah perdana di Bukit Selambau semalam.

Turut berucap sama dalam program itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, tidak mustahil hari ini pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) itu berkelakuan terpuji tetapi akan bertindak luar batasan bila keadaan terdesak.

Apa pun sambungnya, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni itu tetapi harus bertindak secara jujur dan tiada lagi tangkapan dibuat serta melepaskan baki tahanan ISA dan tidak lagi masuk campur terhadap mana-mana institusi seperti Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seumpamanya.
"Bagi saya tindakan itu terpuji tetapi haruslah bersikap ikhlas bukan lepas hari ini, setahun kemudian tangkap lagi banyak dengan alasan bahaya pada negara jika dibiarkan bersuara, " tambahnya.

Beliau juga yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah, Dun Batang Ai di Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak berganjak memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang nyata memberikan yang terbaik berbanding BN yang telah 50 tahun memerintah.

Jangan sekali-kali membiarkan BN meningkatkan penguasaan politik negara semula sebaliknya tanamkan semangat untuk melihat Pakatan Rakyat menyelamatkan maruah bangsa, agama dan tanahair yang telah tercalar akibat kerakusan kepimpinan BN yang sedia ada.

"Pengundi kena bersikap matang dalam hal ini jangan terpengaruh dengan tindak tanduk 'penyapu baru' yang cuba melakunkan episod baru dalam drama bersiri tanahair, " katanya. - mks. _

Laporan media perdana ibarat 'pi mai-pi mai tang tu'

Bashir Ishak
Fri Apr 03, 09 9:26:17 am MYT

SUNGAI PETANI, 3 April (Hrkh) - Berita yang dipaparkan oleh media arus perdana dalam musim pilihanraya kecil ini dianggap seperti "Pi Mai Pi Mai Tu" kata Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook.

"Ini kerana ianya adalah sebuah drama politik. Pengarahnya adalah Umno, pelakonnya Umno. Ini kerana tiap-tiap malam hanya pemimpin Umno dan MIC sahaja yang keluar di kaca televisyen.

"Ini nampak macam pilihanraya kecil ini hanya satu orang saja yang lawan, macam 14 orang calon lain sudah mati," katanya.
Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing.
"Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang keluar tv sampai 3-4 kali sehari. Berilah peluang sama rata kepada semua calon untuk menyuarakan pandangan mereka. Samada rakyat mahu pilih atau tidak itu bukan soalnya," ujarnya lagi.

Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing.

"Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang keluar tv sampai 3-4 kali sehari. Berilah peluang sama rata kepada semua calon untuk menyuarakan pandangan mereka. Samada rakyat mahu pilih atau tidak itu bukan soalnya," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berceramah dalam kempen pilihanraya Dun Bukit Selambau di Markas Besar PAS di Lagenda Heights dekat sini semalam.Kira-kira 500 orang masyarakat berbilang bangsa hadir dalam program tersebut.

Semalam, beberapa ceramah yang turut disertai oleh pimpinan DAP mendapat sambutan baik oleh masyarakat setempat di beberapa lokasi di sekitar Dun Bukit Selambau. - azm

Hak milik diberi kepada 120 penduduk Bukit Selambau

Bashir Ishak
Fri Apr 03, 09 9:20:21 am MYT

SUNGAI LALANG, 3 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan untuk memberikan hak milik tempat tinggal kepada kira-kira 120 orang penduduk di Pekan Bukit Selambau selaras dengan janji Pakatan Rakyat untuk memenuhi keperluan asas penduduk.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah setelah masalah berkenaan ditimbulkan penduduk di sana semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau beberapa hari lalu.
"Penduduk di Pekan Bukit Selambau belum mendapat hak milik tempat tinggal mereka termasuk rumah kedai. Ada yang sudah masuk generasi ketiga tetapi belum mendapat hakmilik kediaman.

"Dulu mereka sudah memohon dari kerajaan negeri , dah isi borang, datang buat siasatan kemudian diam. Nak pilihanraya isi borang lagi, begitulah berterusan sampai kini," jelasnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Yayasan Aman di sini baru-baru ini.
"Saya memberikan jaminan dan Menteri Besar sendiripun telah bersetuju. Ini adalah keperluan asas rakyat. Kita pun hairan selepas sekian lama perkara ini terlepas pandang dan tidak diporoses.
"Ini bukan janji kosong pilihanraya tapi ini janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk rakyat. Tak perlu dipolitikkan ini kerana kita mahu memenuhi keperluan rakyat kepada mereka yang berhak dan ini adalah tanggungjawab kerajaan," ujarnya.
Selepas dikenal pasti oleh petugas Pakatan Rakyat semasa berkempen di sana, kini seramai 72 orang penduduk telahpun mengisi borang untuk diproses bagi membolehkan mereka mendapat hak milik.
Dalam sidang media yang sama, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menjelaskan bahawa penduduk yang ditemui merasakan puas hati dengan pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah kecuali hak untuk mendapat hak milik tanah kediaman.
"Kita fikir hak milik mereka sudah mahu tamat tempoh tapi sebenarnya mereka langsung tidak mempunyai geran tanah. Bayangkan apa yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu selama lebih 50 tahun?," jelasnya. - azm _

Masyarakat India tak mahu ketinggalan

Mohd Sabri Said
Wed Apr 01, 09 12:33:51 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 1 Apr (Hrkh)- "Kami tidak mahu ketinggalan dalam setiap pembangunan memandangkan kami juga rakyat Malaysia yang harus diutamakan, " ujar Sivalingam dari Kampung Tanah Seribu.

Menurutnya, jika mengharapkan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan dan pengganguran tetap tidak berubah malah bertambah teruk begitu juga dengan nasib ibu tunggal.

Penduduk Kampung Kongsi Enam, Encik Siva juga kecewa dengan janji BN yang mahu meningkatkan taraf hidup penduduk India tetapi bila menang semuanya tinggal kenangan.
Sudah 51 tahun BN menjanjikan kemajuan seiring dengan perkembangan pesat Malaysia namun tiada apa pun yang dikotakanya melainkan diperolehi oleh golongan yang rapat dengan MIC.

"Saudara boleh tengok apa yang ada di kampung ini. Tar ke kawasan rumah kami baru semalam di tar itu pun sebab ada pilihanraya kecil Bukit Selambau. Sedangkan permohonan telah lama di buat, " tambahnya.
Sementara itu, Puan Rajaswary 34 pula menyifatkan, sokongan pada BN tidak membawa makna kerana jika menang mereka tetap seperti dulu 'ego' dan berkepentingan diri.

Kali ini Pakatan Rakyat sudah diterima ramai ekoran cemerlang mentadbir Kedah dan lima buah negeri lain.

"BN memang tidak senang hati dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang telah berjaya menunjukan kecemerlangan. Maka, mereka akan melakukan sesuatu untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah seperti menaja banyak calon bebas, " katanya. - azm

Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun

Mohd Sabri Said
Sat Apr 04, 09 11:09:17 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.
Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.
Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.
Seorang penduduk,Lim Boh Leong,70, berkata, kini baru terasa hidup terbela kerana kesudian Kerajaan Kedah melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.
"Dulu Kerajaan BN asyik mempermainkan penduduk ketika sampai tarikh pilihan raya umum. Ada-ada saja orang akan ukur dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang, " jelasnya lagi.
Sementara itu, rakannya yang mahu dikenali sebagai Lim, 73, juga kecewa dengan Kerajaan BN kerana sanggup mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.
Jelasnya, tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak begitu mengembirakan penduduk yang sudah ternanti peristiwa bersejarah itu.
"Kami rasa bangga dengan mutu pertadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik menipu rakyat, " tambah beliau.
Sehubungan itu, Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah ketika menerangkan isu berkenaan pada penduduk berbangsa Cina di Pekan Bukit Selambau menambah, kerajaan cuba memproses hak milik tanah yang selama ini diabaikan oleh kerajaan terdahulu.
Namun bagaimana pun, Kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan Hak Milik secara pajakan sama ada 99 atau 60 tahun tertakluk kepada status bandar atau luar bandar.
"Bila saya dapat tahu tanah di pekan ini masih tiada hak milik saya terus berbincang dengan Menteri Besar. Keputusannya Menteri Besar mengatakan soal tanah mesti diutamakan dan akan diberikan hak milik berdasarkan kategori tertentu secara pajakan 99 atau 60 tahun tertakluk pada status terkini tanah pekan atau luar bandar, " katanya. - mks. _

Naib presiden PPP sertai PKR


Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas 11 bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengumumkan perkara itu dalam satu ceramah malam ini di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau

Saturday, April 4, 2009

RAYUAN TUAN GURU KPD PENGUNDI BUKIT SELAMBAU

(sila zoom untuk lebih jelas)



(sila zoom untuk lebih jelas)

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan