Monday, April 6, 2009

Najib bohong! Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu tidak akan adakan'Projek Mee Segera' dalam pilihanraya kecil, namun ia adalah satu pembohongan semata-mata.
Tinjauan mendapati projek seperti bantuan Sekolah Kebangsaan Tamil, penurapan tar, pembesaran longkang, ekspo dan sebagainya kini makin menjadi-jadi tambahan lagi menjelang tarikh yang menentukan kalah menang calon Barisan Nasional (BN), Dato' S. Ganesan.

Paling ketara ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah dan minum petang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kampung Air Mendidih pada dua hari lepas.Hujan lebat tidak menghalang beberapa pekerja menurap tar di kampung yang dihuni kaum India itu sedangkan sebelum ini sudah mempunyai tar yang sempurna.Tiba-tiba sahaja apabila mendapat tahu kehadiran Dr. Wan Azizah, BN cepat-cepat memperuntukan sebahagian kewangan kononnya memberi kemudahan kepada penduduk yang telah berikrar memberi sokongan padu pada calon Pakatan Rakyat yang mewakili KeADILan, S. Manikumar.

Begitu juga ketika Harakahdaily menyusul Kampung Sungkap Para yang terletak beberapa kilometer daripada jalan utama menuju ke Pekan Bukit Selambau.Peristiwa yang sama juga berlaku di mana kelihatan beberapa buah lori mengangkut tar berulang alik serta kedengaran deruan enjin jentera mengelek tar sebagai habuan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat merasuah golongan India apabila mengistiharkan bantuan RM350 ribu kepada sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil tiga hari selepas hari penamaan calon pada 29 Mac lalu.Najib yang sewaktu itu masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga melaksanakan projek berkenaan apabila mengistiharkan bantuan pada seluruh Sekolah Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Tindakan Najib itu bermakna, beliau sendiri melanggari apa yang dilafazkan sebelum hari penamaan calon di ketiga-tiga Dun termasuk di Batang Ai di Sarawak.Memang telah diduga apa yang diucapkan hanya mainan politik sahaja kerana bila keadaan tersepit BN tidak boleh duduk diam mereka akan melakukan pencemaran politik yang direka sendiri.

Itulah yang dikatakan Umno dan BN. Mereka tetap melakukan rasuah politik semata-mata untuk mencapai kemenangan bagi memulihkan semula semangat ahli dan penyokong mereka yang banyak terjun ke lautan luas sebelum kapal yang dinaiki tenggelam sendirian.

Tambahan lagi untuk memulihkan sokongan takkala Najib dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang hanya berjawatan Ahli Parlimen Kepala Batas bersama isteri tercinta Tun Jean Abdullah

3 comments:

  1. Jasa-jasa Datuk Ganesan semasa menjadi ADUN Lunas (2004-2008)....http://umnotamansejahtera.blogspot.com/2009/04/jasa-jasa-datuk-ganesan-calun-bn-bukit.html

    ReplyDelete
  2. Mana dia jasa-jasa V. Arumugam dan Razhi Salleh setelah menjadi ADUN masing-masing di Bkt Selambau dan Lunas?

    http://umnotamansejahtera.blogspot.com/2009/04/jasa-jasa-datuk-ganesan-calun-bn-bukit.html

    ReplyDelete
  3. Menurut Risikan Polis, Pas sah Menang di Bukit Gantang...

    Rujuk:
    http://al-qedahi.blogspot.com/

    Ya Allah menangkanlah Siasah Islam..AMIN

    ReplyDelete

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan