Tuesday, April 7, 2009

Berita Terkini PRK N25 Bukit Selambau

08.00 - Suasana kemeriahan pilihan raya kecil di Bukit Selambau kian terasa. Kedengaran laungan sorakkan di antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Keadaan semakin gawat dengan keadaan lalu lintas yang semakin sesak dengan penyokong dan pengundi-pengundi tempatan yang dalam perjalanan ke tempat mengundi masing-masing.

10.30 - Keadaan tegang di Taman Ria Jaya disebabkan Wanita dan Puteri UMNO mengejek dengan isyarat punggung ke arah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan para pengundi yang lalu di situ.

Lain pula suasana di Taman Ria Utara. Keadaan menjadi meriah apabila penyokong Pakatan Rakyat menyambut kedatangan Calon PKR S. Manikumar dengan sorakan "Reformasi". Para penyokong menjadi lebih bersemangat dengan kehadiran calon untuk meninjau keadaan pondok panas di Taman Ria Utara.


12.00 - Cuaca panas yang dirasakan pada saat ini, panas lagi keadaan di sekitar pusat mengundi IKM dan Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa. Bilangan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir melebihi bilangan penyokong BN. Anggota polis juga tidak ketinggalan hadir untuk menjalankan tugas masing-masing dalam memastikan keselamatan dan keamanan terjamin.


1.45 ptg - Institut Kemahiran MARA dan Sek Men Sultan Mohamad Jiwa yang berjiranan sebagai tempat mengundi mempunyai pasukan sorakan dan situasi yang tersendiri dalam menyambut kehadiran para pengundi di kawasan tersebut. Kehadiran YB Gobalakrishnan dan isteri ke pondok panas PAS bagi IKM turut disambut dengan baik oleh petugas-petugas yang berada di situ. YB Mahfuz Omar juga turut turun melawat pondok panas PKR bagi Sek Men Sains Mohamad Jiwa lalu meneruskan lawatannya ke pondok IKM selepas beramah mesra dengan petugas-petugas PKR di situ.


Siaran Langsung Pengumuman Keputusan Pilihan Raya N.25 Bukit Selambau akan diadakan di Markaz Besar PAS, Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan