Monday, March 30, 2009

Penamaan Calon N.25 Bukit Selambau

Oleh AZMAN AHMAD

29 Mac, Sungai Lalang – Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru. Calon Paktan Rakyat dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) ditemtang oleh calon dari parti pembangkang Kedah, Barisan Nasional (BN) serta tiga belas calon bebas.

1. S Manikumar - PKR
2. Datuk S Ganesan - MIC/ BN
3. L Sarala - Bebas
4. T Chandrarajan - Bebas
5. R Loganathan - Bebas
6. A Jayagopal - Bebas
7. S Moganakumar - Bebas
8. Vaneson Michael - Bebas
9. Tan Hock Huat - Bebas
10. Mohd Fazil Abdul Wahab - Bebas
11. Anuar Abdul Hamid - Bebas
12. Husaini Yaacob - Bebas
13. Abdul Rahim Abu - Bebas
14. Radzi Mat Lazim - Bebas
15. Khamis Awang - Bebas

Penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri laluan perarakan calon yang telah ditetapkan oleh pihak Polis seawall jam tujuh pagi. Sehingga pengisytiharan calon dibuat oleh SPR, dianggarkan tidak kurang dari 10,000 penyokong Pakatan RAkyat yang hadir.

Calon PKR S. Manikumar, seterusnya diiringi oleh Naib Presiden PKR YB Azmin Ali dan Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar menyampaikan ucapan ringkas dihadapan ribuan penyokong yang kebanyakkannya adalah pengundi DUN Bukit Selambau.

Sementara itu, Ustaz Fakhurzzaman Jamil, Setiausaha Penerangan PAS Kedah melahirkan rasa kesal kerana terdapat Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar meninggal dunia oleh pihak-pihak tertentu. Menurutnya, ramai penyokong yang menghubunginya untuk memastikan berita tersebut. Beliau berharap pihak-pihak tertentu itu segera menghentikan sebaran tersebut memandangkan YB sebenarnya masih sihat.

Sekilas Gambaran sepanjang sesi Penamaan Calon.






















Saturday, March 28, 2009

Bakal Calon Bebas tarik diri - beri sokongan kepada Calon Pakatan Rakyat

Azman Ahmad

27 Mac, Sungai Lalang - Salah seorang bakal calon bebas yang hangat diperkatakan sebagai satu-satunya calon porpular Melayu, hari ini mengumumkan menarik diri dari Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau sebentar tadi.

Beliau yang berkata demikiandalam satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Individu tersebut seterusnya menyatakan sokongan beliau kepada calon dari Pakatan Rakyat.

YB Ust Ahmad Kassim dijangka akan mengadakan sidang medianya esok, 28 Mac 2009 di Pejabat Khidmat Ahli parlimen Merbok di Taman Tuanku Haminah, jam 2 petang.

Nantikan berita selanjutnya

Friday, March 27, 2009

Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!


Mohamad Helmi Mohamad Khalid
Fri | Mar 27, 09 | 8:16:26 pm MYT

Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009.

Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato� Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan.

Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan.

Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan).

Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit.

Apa yang ingin saya persoalkan adalah beberapa siaran berita oleh stesyen TV3 terhadap kerajaan negeri Kedah sejak setahun lalu.

Antaranya putar belit dan pembohongan, hasutan serta fitnah yang jelas mengenai isu penggunaan Jet Eksekutif oleh Menteri Besar, pembukaan ladang ternakan babi di Bukit Selambau, dan terakhir isu salah seorang Exco Kerajaan yang dituduh menderhaka.

Semua itu terbukti adalah tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali, hanya melalui kandungan surat layang, TV3 dengan bongkak menyiarkan berita mengenai Exco derhaka, adakah ini tidak terkandung sebagai berita yang tiada asas, menghasut dan tuduhan liar.

Contoh paling mudah ingin saya sebutkan bahawa TV3 Kedah selama ini hanya berbohong, berilusi, berangan-angan, berniat jahat, menghasut, memutarbelitkan fakta, tuduhan liar dan tidak berasas adalah kerana wartawannya, TIDAK PERNAH langsung menemubual atau hadir dalam mana-mana sidang akhbar oleh pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Jelas, semua berita-berita yang digambarkan selama ini oleh TV3 mengenai kerajaan Negeri Kedah tidak melalui asas atau sumber yang tepat.

Nampaknya, Menteri berkenaan juga telah memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan menghasut untuk orang ramai tidak mempercayai dua akhbar tadi dengan tidak membentangkan apa kesalahan yang telah dilakukan.

Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz

Mohd Nor Yahya
Fri | Mar 27, 09 | 3:56:16 pm MYT

KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar. - mks._

Kad media PRK, SPR cuba tolak permohonan Harakah dan Warta Darul Aman

Harakahdaily

Fri | Mar 27, 09 | 12:16:22 pm MYT

ALOR SETAR, 27 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah cuba untuk menolak permohonan dua orang wartawan Harakah untuk mendapatkan pas media bagi membuat liputan pilihan raya kecil Dun BUkit Selambau.

Wartawan terbabit, Bashir Ishak dari Perlis dan Izwan Abdul Halim dari Kedah telah membuat permohonan tersebut di pejabat SPR Kedah di bangunan Persekutuan di Anak Bukit.

Walaupun pada mulanya, kedua-dua orang mereka telahpun mengisi borang, bagaimanapun kerani SPR yang bertugas kemudiannya memberitahu akhbar Harakah tidak dibenarkan untuk memohon oleh Jabatan Penerangan.

Bashir kemudiannya memberitahu kerani tersebut bahawa Harakah hanya digantung penerbitannya selama tiga bulan dan bukan digantung permit.

Kerani tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kad media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.

Bashir yang mempunyai kad tersebut menunjukkannya kepada kerani tersebut yang terpaksa pula merujuk kepada ketuanya.

AKhirnya, hanya permohonan dari Bashir sahaja yang diterima untuk diproses dengan tidak memberi sebarang kepastian.

Menurut kerani tersebut, mereka terpaksa merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan untuk tujuan tersebut.

sebelum ini SPR juga telah menolak permohonan yang sama dari petugas Warta Darulaman di bawah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah. - mks._

Thursday, March 26, 2009

Andainya UMNO hilang kuasa di Pusat…

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Perebutan jawatan dalam UMNO setiap kali pemilihan adalah perkara biasa. Dalam aspek kewartawanan, perebutan jawatan dalam UMNO tiada nilai berita. Berita perihal UMNO hanya ada nilainya jika tidak berlaku perebutan jawatan.
Mengapa orang berebut jawatan dalam UMNO?
“Saya menawarkan diri untuk bertanding bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada UMNO yang perlukan perubahan sekarang ini.” Ayat seperti itu juga boleh ditulis terlebih dahulu dalam buku nota wartawan sebelum soalan diajukan kepada tuan punya badan yang mahu merebut jawatan. Dah tahu pun jawapannya.
Tiada seorang pun akan menjawab, “Saya bertanding demi untuk mendapat kedudukan dan dengan memperalatkan kedudukan atau kuasa tersebut, saya boleh menjana kekayaan yang melimpah ruah untuk diri saya, keluarga dan kroni.”
Tapi hakikatnya, itulah tujuan ahli-ahli UMNO di semua peringkat bertanding merebut jawatan. Di peringkat cawangan berebut jadi ketua. Jika menang dapat jadi JKKK atau JKKP. Selain elaun bulanan yang agak lumayan, JKKK bagi negeri yang dikuasai BN mempunyai ‘kuasa’ yang agak besar. Dia boleh jerkah pegawai daerah untuk menyalurkan projek pembangunan dalam kampung ikut cita rasanya. Sebab itulah dalam kampung terdapat projek mini tar sekerat-sekerat. Rumah orang UMNO ada, rumah orang PAS tiada.
Penghulu dan pegawai daerah tidak mampu melawan arahan JKKK kerana menghadapi risiko tindakan politik oleh tokoh UMNO yang lebih atas, iaitu Ketua Bahagian yang mungkin pegang apa-apa potfolio penting alam kerajaan negeri. JKKK juga boleh terus buat laporan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Program ceramah politik yang telah dikeluarkan permit oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) boleh ditarik balik di saat akhir, jika JKKK membantah. Besar sungguh kuasa JKKK.
Itu baru kuasa ketua UMNO cawangan. Belum lagi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Habuan duniawinya lebih besar. Jawatan politik dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan, GLC dan peluang terhadap projek-projek kerajaan begitu licin laluannya.
Di Pusat pula apatah lagi hebatnya. Amat besar laba duniawi untuk dibolot. Kekayaan boleh diraup melalui saluran formal, guna proksi atau secara luar tabii.
Malaysia sebuah negara yang kaya raya. Rezeki melimpah ruah. Tapi kekayaan negara tiris dengan teruk kepada para penyamun yang bertakhta di persada kuasa.
Kita pernah dengar cerita di sebuah negeri Antah Berantah perihal seorang ketua kerajaan negeri yang kononnya tidak pernah mengambil gaji barang satu sen sewaktu mentadbir negeri. Tapi di belakang tabir ramai yang tahu bahawa, setiap projek Pusat atau negeri yang lalu sahaja di negeri Antah Berantah itu, maka komisyen sekurang-kurang 5 persen wajib masuk ke kantung beliau.
Antara kesukaran pembangkang untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya ialah kerana mereka terlalu banyak duit. Duit ditabur dalam pilihanraya umum atau kecil macam daun getah yang luruh di musim kemarau.
Kesimpulan separuh masak yang boleh dibuat ialah; dengan kuasa orang UMNO boleh kumpul duit sebanyak-banyaknya dan dengan duit yang banyak mereka boleh terus berkuasa.
Bagaimana pula jika UMNO hilang kuasa di Pusat? Telahan pertama, tentulah ramai pemimpin UMNO akan jadi sasau. Hilang kuasa bererti hilang sumber kemewahan. Hilang kerajaan negeri bagi mereka sudah cukup perit untuk dirasakan, inikan pula Pusat. Tumbang di Pusat bermakna mereka adalah pembangkang. Pihak polis dan media akan melayan mereka sebagai pembangkang. Tiada peluang lagi untuk menyalahgunakan kuasa, menjana kemewahan. Orang yang biasa hidup mewah masakan mampu bertahan di waktu susah. Sejarah menunjukkan tokoh-tokoh UMNO yang pernah menjadi pembangkang akhirnya kembali ke pangkuan UMNO, lantaran tidak tahan dengan ujian kesusahan. Tengku Razaleigh, Rais Yatim, Rahmah Osman, Marina Yusof, Zainol Abidin Johari, Zainol Abidin Zin, Ruslan Kasim, Ezam Md Noor, Abdul Ghani Haron – adalah antara mereka yang sanggup menjilat ludah kembali menyertai UMNO.
Telahan kedua, secara teorinya bila UMNO tumbang di Pusat, ramai tokoh-tokoh UMNO akan menyeberang ke parti kerajaan. Tidak kira menuju PAS atau PKR. Mereka berada dalam UMNO kerana mahu hidup senang. Bila UMNO jadikan mereka susah, lebih baik tinggalkan saja.
Telahan ketiga, parti UMNO itu sendiri akan hilang kekuatan. Macam runtuhan glasiar. Cair, runtuh dan lenyap perlahan-lahan. UMNO terus mati dan tidak akan bertunas lagi.
Berasaskan andaian inilah timbul hujah bahawa menjatuhkan UMNO di Pusat itu lebih utama dari memikirkan kemantapan kerajaan baru yang menjadi alternatif.
“Tidak perlulah tunggu kemenangan itu masak dulu…takut ia jadi hangit pula,” ujar seorang pengulas politik. Semacam menyindir tulisan saya yang lalu, mengenai kisah memetik kemenangan yang belum masak. “Dalam politik, kita tidak boleh mengumpulkan semua musuh dalam satu masa untuk dikalahkan. Kalahkan UMNO dulu,” hujahnya penuh makna.

Tuesday, March 24, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat dihalang dengan tembakan gas



Oleh: Zulkifli Yahaya

Sungai Petani, 23 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.


Majlis ceramah yang mengundang Datuk Seri Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.


Orangramai yang hadir bersama keluarga dan anak kecil terpaksa melarian diri apabila polis mula bertindak. Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan beberapa kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai. Tindakan Polis melepaskan puluhan gas pemedih mata telah turut merosakkan sebuah kereta orang awam dan menganggu beberapa buah kedai makan berhampiran lokasi ceramah tersebut.


Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.


Sementara itu, lebih 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.


Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Disamping itu, kekerasan yang dilakukan Polis turut melibatkan para wartawan yang dilarang mengambil gambar pimpinan PKR yang datang untuk berunding dengan Pihak Polis selepas ’hadiah’ pertama setelah Ketua Umum PKR mengisytiharkan calon PKR untuk Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau. Wartawan dihalau dan dilarang dari mengambil gambar pimpinan PKR yang datang untuk berunding seterusnya ditahan oleh Polis.


Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam ini amat mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah ‘arahan dari atas’.


”Arahan dari atas’ tersebut menyerlahkan lagi betapa takutnya mereka dengan sokongan yang diperolehi Pakat Rakyat dalam PRU12 dan sokongan masyarakat berbilang bangsa terhadap calon PKR berbanding calon BN dari parti MIC

Monday, March 23, 2009

PAS beri sokongan penuh, komited bantu calon Bukit Selambau

Roy Rasul

Sat | Mar 21, 09 | 7:21:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - PAS Kedah akan bekerja keras bagi memastikan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), M Manikumar memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Bukit Selambau, Senator Yusop Hussin berkata, gerak kerja dan semangat yang dilakukan PAS seolah-olah PAS juga bertanding walaupun hakikatnya KeADILan yang bertanding.

"Persediaan kita bukan hanya turun berkempen tetapi akan berhempas pulas seolah-olah PAS yang bertanding kerana kita mahu perkukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

"Setakat ini kempen PAS berjalan seiring dengan KeADILan malah kita membentuk jawatankuasa bersama termasuk jawatankuasa penyelaras dan kami semua sudah bergerak," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah berkata, walaupun majoriti pengundi India dan Cina 50 peratus, calon Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk menang ditambah sokongan pengundi tradisi PAS di Bukit Selambau.

"Kerana itu tidak ada masalah untuk pertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dikemukakan oleh KeADILan seorang penduduk tempatan.

"Bahkan mana-mana pengundi yang masih belum mengenali Manikumar kami akan perkenalkan. Rasanya semua berpuas hati dengan calon tersebut yang merupakan seorang yang berkemampuan dari segi kemasyarakatan dan akademik," ujarnya

Beliau berkata, pada kempen kali ini mereka akan memperjelaskan kepada rakyat apa yang dilakukan kerajaan Kedah yang diterajui PAS sejak setahun lalu.

Antaranya tentang penurunan cukai tanah yang diturun sehingga 75 peratus yang dapat dinikmat seluruh rakyat Kedah, katanya.

Oleh itu ujarnya, bagi mengukuh kerajaan yang ada para pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini Bukit Selambau satu-satunya calon yang mewakili kaum India bagi negeri Kedah. Jadi kemenangannya akan mewakili seluruh kaum India di Kedah.

"Kita juga melihat kemungkinan jika calon Pakatan Rakyat menang beliau akan berada dalam exco kerajaan Kedah. Lagi pun exco yang dikosongkan Adun dahulu iaitu V Arumugam masih belum diisi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tugas jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, beliau berkata setakat ini mereka mengagihkan kesemua 22 daerah mengundi sama banyak iaitu seorang sebelas daerah.

Bagaimana katanya, PAS menjaga lebih 24,000 pengundi manakala KeADILan seramai lebih kurang 12,000 pengundi.

"Biarpun PAS lebih ramai bilangan pengundi berbanding KeADILan, ia tidak mengapa bahkan ini menunjukkan kita bekerja seperti kita yang bertanding.

"Kita buat begitu, demi kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Kerjasama erat itu katanya, akan dipertingkatkan terutamanya untuk menarik lebih kurang 1600 pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Sehubungan itu katanya, jentera pilihanraya PAS akan berusaha untuk memasti pengundi tersebut keluar mengundi kerana katanya undi mereka akan menguatkan lagi kerajaan Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Azizan Razak.- azm _

Friday, March 20, 2009

sekitar majlis perishtiharan calon

Usahawan muda calon KeADILan Bukit Selambau


Izwan Abdul Halim
Fri | Mar 20, 09 | 1:08:39 pm MYT

SUNGAI LALANG, 20 Mac (Hrkh) - Usahawan muda, S. Manikumar, 35 telah diisytiharkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Dun Bukit Selambau.

Pengisytiharan tersebut dilakukan Ketua Umum KeADILan, Dato� Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Yayasan Aman, di sini pagi tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan para pimpinan Pakatan Rakyat Kedah.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil yang sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau. Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihan raya kecil tersebut.

Suruhanjaya pilihan raya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

Wednesday, March 18, 2009


Ali Rustam ditempelak
Zaili Muhammad
Wed | Mar 18, 09 | 5:26:33 pm MYT

MELAKA, 18 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, menempelak Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.

"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.

"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.

Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka.

"Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.

Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil.

"Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.

"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.

Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan.

Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Lembaga tersebut memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu. - mns_

Bukit Selambau bukan kawasan terpencil

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

SUNGAI PETANI, 17 Mac – N25 Bukit Selambau bukan kawasan terpencil kerana kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada Sungai Petani yang bermula dari Sekolah Menengah Teknik sehingga ke Kelab Cinta Sayang, Semeling, Ambangan Height, Hospital Sultan Abdul Halim dan Sungai Lalang.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Haji Abdullah Mat Akhir, pecahan pengundi di kawasan tersebut yang menyaksikan daripada keseluruhan 35,140 pengundi, 50.2 peratus adalah pengundi Melayu, India (29.5 peratus) dan Cina (19.3 peratus).

“Taraf kehidupan penduduk di sini ialah terdiri daripada golongan intelek dan usahawan yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta termasuk golongan petani serta pekerja-pekerja ladang,” jelasnya.

Menurutnya, N25 Bukit Selambau merupakan kawasan industri berat membabitkan kilang kayu dan papan di mana jalan perhubungan darat yang disediakan mampu memberikan keselesaan kepada penduduk di samping aktiviti harian berjalan seperti biasa.

Beliau menjelaskan, N25 Bukit Selambau menjadi tumpuan Kerajaan kerana kawasan berkenaan dikenalpasti sebagai lokasi untuk penanaman nenas dan tanah-tanah industri yang belum dimajukan akan digunakan untuk tujuan itu.

“Nenas di situ mempunyai kualiti yang tinggi, hasil daripada kajian Lembaga Nenas Malaysia dan Kerajaan bercadang akan mendirikan sebuah pusat Pembangunan Nenas Peringkat Negeri di Bukit Selambau,” ujarnya.

Dato' Haji Abdullah Mat Akhir berkata, penduduk di situ diberi peluang untuk menyertai program penanaman nenas berkenaan di mana keluasan N25 Bukit Selambau ialah 2,500 hektar persegi.

Pusat Daerah Mengundi dalam N25 Bukit Selambau ialah Kuala Sin, Kampung Sungkap Para, Bukit Lembu, Taman Bandar Baru, Pekan Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok, Tasik Apong, Aye Mendidih, Jalan Badlishah, Taman Peruda, Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, United Petani, Petani Para, Bukit Rusa, Bukit Selambau, Pokok Machang, Batu Belacan, Titi Panjang, Ambangan Height serta Taman Ria Selatan di mana N25 Bukit Selambau mempunyai 64 saluran mengundi di semua pusat daerah mengundi.

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan