Sunday, April 5, 2009

Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun

Mohd Sabri Said
Sat Apr 04, 09 11:09:17 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.
Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.
Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.
Seorang penduduk,Lim Boh Leong,70, berkata, kini baru terasa hidup terbela kerana kesudian Kerajaan Kedah melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.
"Dulu Kerajaan BN asyik mempermainkan penduduk ketika sampai tarikh pilihan raya umum. Ada-ada saja orang akan ukur dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang, " jelasnya lagi.
Sementara itu, rakannya yang mahu dikenali sebagai Lim, 73, juga kecewa dengan Kerajaan BN kerana sanggup mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.
Jelasnya, tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak begitu mengembirakan penduduk yang sudah ternanti peristiwa bersejarah itu.
"Kami rasa bangga dengan mutu pertadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik menipu rakyat, " tambah beliau.
Sehubungan itu, Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah ketika menerangkan isu berkenaan pada penduduk berbangsa Cina di Pekan Bukit Selambau menambah, kerajaan cuba memproses hak milik tanah yang selama ini diabaikan oleh kerajaan terdahulu.
Namun bagaimana pun, Kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan Hak Milik secara pajakan sama ada 99 atau 60 tahun tertakluk kepada status bandar atau luar bandar.
"Bila saya dapat tahu tanah di pekan ini masih tiada hak milik saya terus berbincang dengan Menteri Besar. Keputusannya Menteri Besar mengatakan soal tanah mesti diutamakan dan akan diberikan hak milik berdasarkan kategori tertentu secara pajakan 99 atau 60 tahun tertakluk pada status terkini tanah pekan atau luar bandar, " katanya. - mks. _

Naib presiden PPP sertai PKR


Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas 11 bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengumumkan perkara itu dalam satu ceramah malam ini di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau

Saturday, April 4, 2009

RAYUAN TUAN GURU KPD PENGUNDI BUKIT SELAMBAU

(sila zoom untuk lebih jelas)



(sila zoom untuk lebih jelas)

Friday, April 3, 2009

Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Tamil

Gembira menanti Menteri Besar

Antara sambutan daripada penduduk setempat


Orang ramai yang hadir


Kenamaan yang hadir


Dato' Taulan menyampaikan ucapannya


YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan


Antara kelab penyokong Kerajaan yang hadir


Pihak sekolah menyampaikan cenderamata kepada
YAB MB


MB bersama pihak sekolah dan YB Dato' Dr Isa


MB menyempurnakan majlis pecah tanah
SRJK(T) Sungai Tok Pawang, Bedong


YAB MB bersama penduduk dan calon PRK N25


Penduduk menyambut baik hasrat kerajaan membina
sebuah sekolah setelah menanti 20 tahun

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Mar 31,09 12:33 pm
kemaskini 6.55pm

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu.

Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya. "Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik.

Polis juga melarang jentera mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung.

Dalam kenyataan lewat petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kementeriannya mengeluarkan arahan tersebut bagi ketiga-tiga kawasan pilihanraya, termasuk DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Tiada kos bawah meja, punca pelaburan masuk berpusu

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
"Anything else?" Itu soalan yang biasa diajukan oleh seorang yang diberikan projek atau pelabur kepada seorang Menteri Besar, Exco atau pihak berkuasa yang meluluskan projek, selepas selesai perbincangan yang formal.
Kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah tidak terkecuali dari sapaan soalan seperti itu. Namun jawapan yang diberikan amat tegas, "No!".
Antara pembaharuan yang dilakukan oleh YAB Ustaz Azizan Abdul Razak sebaik mengambilalih kerajaan ialah penegasan tiada kos bawah meja bagi apa saja projek yang melibatkan kerajaan negeri.
Di sebalik kenyataan Menteri Besar Kedah itu, apakah bermakna sewaktu kepimpinan terdahulu memang terdapat kos bawah meja? Ustaz Azizan tidak peduli cerita terdahulu. Yang penting di zamannya, tiada tempat untuk rasuah.
Rasuah sukar untuk dibuktikan. Kadangkala rasuah hanya boleh diadili oleh pemikiran kritikal rakyat, bukannya mahkamah. Apatah lagi apabila BPR sendiri dipertikaikan kewibawaannya.
Misalnya, di zaman BN, hasil balak yang diterima kerajaan negeri untuk satu hektar balak cuma RM600. Sedangkan melalui tender terbuka sekarang hasil sehektar berlipatganda dari dahulu. Pemikiran rakyat yang waras tentu tidak dapat menerima bahawa pembalak hanya keluarkan RM600 itu sahaja untuk sehektar. Tentu ada 'kos' lain.  
Kini kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak merasai satu kejutan apabila pelabur-pelabur asing menunjukkan minat yang luar biasa untuk melabur di negeri ini. Tiada kos 'bawah meja' dikatakan menjadi faktor utamanya.
Dalam perkembangan terbaru Kerajaan Negeri merancang menambah 450 ekar lagi kawasan pelaburan iaitu Fasa IV Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan nilai sebanyak RM100 juta, memandangkan fasa sedia ada tidak lagi mampu menampung kehendak pelabur yang membuat permohonan.
Sebuah syarikat semi konduktor terbesar Fuji Electric Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan akan membuat pelaburan sebanyak kira-kira RM 1.4 Bilion lagi untuk tujuan pembangunan dan memantapkan sistem operasinya di KHTP.
Sebelum itu, First Solar Incorporated mengumumkan pelaburan sebanyak AS$680 juta (RM2.2 Bilion) di kawasan yang sama. Ia dijangka akan mengwujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, sumber manusia dan operasi kilang apabila keempat-empat kilangnya beroperasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan.
Di Langkawi Permata Kedah, sebuah syarikat asing 99' East Langkawi Living menjalin kerja sama dengan Kedah Corporation membangunkan bidang pelancongan di pulau peranginan itu. Projek bernilai RM1.9 Billion itu akan dilaksanakan di Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka.
Hal ini berlawanan sama sekali dengan dakwaan sebelum pilihanraya umum ke 12 bahawa industri pelancongan, khususnya bidang perhotelan akan gulung tikar sekiranya Kerajaan Negeri bertukar tangan.
Sebuah syarikat swasta EDEN Incorporated Berhad telah membuat pelaburan sebanyak RM100 juta untuk membina tangki tambahan di Under Water World Langkawi.
Di bidang pertanian, sebuah syarikat dari Los Angeles iaitu H&T Seafood Incorporated melabur dalam projek ternakan ikan air tawar di Tasik Pedu. Ia melibatkan 3,000 sangkar ikan berskala besar.
Sebuah syarikat dari Taiwan Ocean Ranch Limited sedang membuat pelaburan di bidang ternakan ikan dalam sangkar menggunakan teknologi Norway. Projek tersebut dijalankan di Zon Industri Akuakultur di Pulau Simpang Tiga, Langkawi.
Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri yang lalu kini diteruskan dengan versi baru dengan tidak melibatkan pengambilan tanah sawah milik rakyat.
Jika dahulu pelaburan untuk ZIPY hanya berjumlah RM53 Billion, kini ianya bertambah kepada RM83 Billion, sekaligus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada sekarang bertambah.
Di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, projek mega tersebut dijangka memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM200 juta setahun.
Pelaburan asing di negeri ini dijangka akan bertambah dengan pesat pada tahun hadapan, ekoran beberapa misi perdagangan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri ke luar negara.  Antaranya ke Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Kadar inflasi di negara ini makin buruk. Ekonomi tidak menentu, angkara Pak Lah. Tiba-tiba pelaburan berpusu-pusu masuk ke Kedah. Ia fenomena yang menarik.
 

Wednesday, April 1, 2009

Penduduk Bukit Selambau mahu Wakil Rakyat sehaluan Kerajaan Negeri

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

Rata-rata penduduk yang ditemui Wartawan Warta Darul Aman menganggap bahawa senario politik pada hari ini amat berbeza berbanding dahulu, terutama di N25 Bukit Selambau. Mereka berharap calon yang akan memegang jawatan sebagai wakil rakyat N25 Bukit Selambau mestilah seorang yang boleh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan sanggup membantu rakyat yang menghadapi masalah terutama dalam menjaga kebajikan rakyat.

Seorang penduduk Kampung Perak, Bukit Selambau, Idris Hassan, 48 tahun berkata, suasana politik sekarang banyak berbeza dan masyarakat pada hari ini dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Apa yang dapat dilihat ialah pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jauh berbeza berbanding dahulu dan nampak ke arah kebajikan.
Masalah rakyat juga diambil perhatian dan cukai tanah juga diturunkan di mana secara tidak langsung, ia mampu meringankan beban rakyat dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Beliau berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat agar kehidupan rakyat di negeri ini terjamin dan pembangunan insan perlu diseimbangkan agar rakyat mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Bagi calon yang berjaya memegang jawatan sebagai wakil rakyat N25 Bukit Selambau perlulah mempunyai wawasan dan boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri di samping benar-benar boleh membantu rakyat tanpa mengira bangsa.
Seorang pesara tentera dari Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Thangavalu a/l Vairamuthu, 55 tahun berkata, beliau melihat Kerajaan Negeri yang baru ini amat bagus kerana mengamalkan corak pemerintahan ke arah menjaga kebajikan rakyat bertepatan dengan moto ‘Kedah Sejahtera’.
Beliau meminta agar Kerajaan Negeri yang baru ini dapat memastikan rakyat dibela dengan sewajarnya dan kesejahteraan yang dikecapi pada hari ini dapat dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.
Kesejahteraan dan kestabilan negeri perlu dijaga dan dikekalkan agar negeri Kedah mampu menjadi sebuah negeri yang aman dan maju agar setanding dengan negeri-negeri lain.
Seorang pesara polis dari Kampung Haji Ismail, Bukit Selambau, Mohd. Nasrul Endut, 58tahun berkata, dahulu penduduk Bukit Selambau tidak pandai bermain politik tetapi sekarang, pemikiran mereka sudah terbuka.
Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang agak terbuka kepada semua bangsa dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Bagi calon yang akan memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat N25 Bukit Selambau mestilah seorang yang ada kelulusan, amanah dan bertanggungjawab, sanggup turun padang bertemu rakyat serta boleh membawa perubahan di Bukit Selambau.
Seorang penduduk Pekan Bukit Selambau, Lim Choo Mong, 54 tahun berkata, masyarakat Cina di kawasan Bukit Selambau menerima baik Kerajaan Negeri yang baru di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak agar terus memimpin negeri ini. Beliau meminta agar Kerajaan Negeri memberi perhatian yang sewajarnya kepada masyarakat Cina di N25 Bukit Selambau terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan agar kehidupan mereka terbela.
Pembelaan itu amat wajar kerana secara tidak langsung ia mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang baru ini agar setiap pembangunan yang dijalankan itu mampu dinikmati oleh rakyat.
Penghulu Mukim Teloi Kiri, Encik Ahmad Shauki Shaari, 31 tahun berpendapat masyarakat hari ini sudah tahu menilai dan berlandaskan pada pendapat masing-masing di mana penerimaan masyarakat amat tinggi.
Bagi calon yang akan memegang jawatan sebagai wakil rakyat N25 Bukit Selambau mestilah seorang yang boleh membangunkan kawasan yang diwakilinya, bukan sekadar mengejar kedudukan yang boleh merugikan masyarakat, boleh melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, hak rakyat mesti didengar, prihatin terhadap nasib rakyat serta mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Beliau berharap Pekan Bukit Selambau terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar agar kawasan ini tidak ketinggalan jauh daripada kawasan-kawasan lain.

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan