Tuesday, February 24, 2009

Ali Rustam guna program rasmi untuk kempen politik

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Alor Setar: Calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam telah menyalahgunakan program rasmi yang diadakan di Dewan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk meningkatkan kredibiliti dirinya bagi memenangi jawatan nombor dua Umno.

Beliau menggunakan kesempatan ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu dengan menabur fitnah terhadap pihak yang kononnya mahu menjatuhkan raja-raja Melayu. Sehubungan itu juga Ali mendakwa Umnolah sahaja yang sebenarnya mahu mempertahankan kedaulatan raja-raja.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh yang turut hadir di majlis itu kesal kerana program berbentuk keilmuan yang diadakan di perpustakaan telah disalahgunakan oleh Ali untuk kepentingan politik sempitnya.

"Sepatutnya dia dapat membezakan antara program rasmi yang melibatkan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan program politik," ujar Dr. Ismail kesal.

Beliau yang hadir mewakili YAB Menteri Besar, merasa tidak selesa untuk berada dalam majlis rasmi tetapi dipenuhi dengan ucapan berbaur politik.
"Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan Dunia Melayu Dunia Islam.

1 comment:

  1. Biasa lee..bang..amno..harta kerajaan hak amno..jabatan kerajaan unit amno..apa nak heran.Negara ni hak milik amno..tak caya tengok dalam geran..kalau parti lain perentah negeri dia kata parti pembangkang juga...amnoo beb.

    ReplyDelete

Peta DUN Bukit Selambau

Peta DUN Bukit Selambau

kunjungan